Politik dalam bahasa Arab disebut sebagai siasah. Sisah bermaksud memerintah, mentadbir atau memimpin. Politik adalah satu daripada ketetapan Allah menjadi keperluan semula jadi makhluk hidup yang bermasyarakat seperti manusia. Dalam al-Quran ada menyebut perkataan khalifah. Allah berkata,
"Dan ingatlah semasa Tuhanmu berkata kepada para Malaikat: "Sesungguhnya aku jadikan di bumi itu khalifah."
Para sarjana mentafsirkan khalifah di sini dengan perkataan siasah dan imamah yang bermaksud memimpin dan mentadbir urusan dengan ajaran agama Allah.
Nabi Muhammad berkata:
"Adalah kaum Bani Israel itu, yang menjalankan siasah (melaksanakan tugas pemimpin politik) mereka ialah para Anbia. Setiap kali mati seorang nabi diganti dengan seorang nabi berikutnya, dan bahawasanya tiada lagi nabi selepas ku, dan akan ada para khalifah (pemimpin yang mengganti), maka mereka ramai.
Para sahabat bertanya: "Maka apakah perintah Rasul Allah kepada kami, yang kami wajib lakukan?"
Nabi Muhammad berkata, "Maka tunaikan janji taat kepada yang lebih dahulu dilantik, berikan kepada mereka hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka, maka sesungguhnya Allah akan menyoal mereka, berkenaan mereka diperintah supaya memimpin".
Nabi Muhammad berkata secara jelas dengan perkataan yang lahir daripada sumber asal perkataan siasah yang diterjemahkan dalam bahasa lain yang memberi makna politik. Ini menunjukkan urusan politik adalah sebahagian daripada kewajipan yang dilaksanakan oleh para rasul dengan perintah Allah.
Politik menjadi sebahagian daripada Islam telah menjadi persetujuan seluruh sarjana Islam (ijmak), para sahabat dan generasi selepasnya (Tabi'en) dam Imam-Imam Mujtahidin. Meskipun ada pendapat yang menafikan adanya politik dalam Islam dikira sesat dan menyeleweng daripada ajaran kitab al-Quran dan sunah Nabi Muhammad.
Banyak hukum-hukum Islam yang disyaratkan pelaksanaannya dengan mendirikan kerajaan yang bersifat politik seperti hukum-hukum menyeru kebaikan dan melarang perbuatan jahat, mengawasi urudan kehidupan manusia seperti berniaga, bertani, memiliki tanah, pelaksanaan undang-undang jenayah dan lain-lain.
(Disunting daripada Islam & Demokrasi, Abdul Hadi Awang)