Halaman

FB Pas Kaw Batu Pahat

Sabtu, 31 Disember 2011

Malam Santai Bersama Unit Amal Batu Pahat

Pada 30 Dis, Unit Amal zon Senggarang telah berjaya menganjurkan aktiviti santai anak muda bersama Unit Amal BP. Program tersebut telah diadakan di hadapan Pejabat DPPKBP di Senggarang. Matlamat program ini bertujuan untuk mendekatkan remaja dan belia dengan Unit Amal BP. Program tersebut telah dihadiri hampir 150 orang anak muda dan aktivis.

Ucapan Perasmian oleh Dr Ramli


Antara pengunjung yang hadir.



Antara menu makanan yang disediakan.





Pengunjung menikmati hidangan.



Petugas sibuk menyediakan hidangan.

Pendaftaran ahli Unit Amal turut disediakan.


Antara pengunjung kaum Tionghua yang hadir.


Khamis, 29 Disember 2011

Yang Ni Rakyat Johor Wajib Tau

Ramai pemimpin BN cakap PR tak pandai urus negeri, negeri akan jadi porak peranda kalau dapat pada PR. Tetapi hakikatnya negeri yang diurus BNlah yang paling haru biru.

Selasa, 27 Disember 2011

Johor Akan Kekal Biru?

Pada 26 Dis Malaysiakini telah mengeluarkan artikel yang bertajuk "Johor akan kekal biru, kata wanita Umno". Ungkapan itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita BN Johor, Datuk Sharifah Azizah. Ianya seakan-akan kenyataan Khir Toyo sebelum PRU 12 iaitu sifar pembangkang. Adakah BN Johor akan menerima nasib seperti BN Selangor? Kita nantikan. 

Apa yang menarik pada kenyataan Datuk Sharifah ialah usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini "porak-peranda." "Negara ini akan porak-peranda jikalau pembangkang memerintah, disebabkan mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya.

Kenyatan tersebut boleh dikatakan tidak berfakta, bersifat permusuhan dan seperti tidak berotak. Apakah bukti keadaan di negeri-negeri PR porak peranda? Sedangkan menurut fakta kerajaan PR mempunyai rekod yang lebih baik dari segi pengurusan ekonomi dan pentadbiran negeri berbanding dengan negeri yang diperintah oleh BN. Kerajaan Selangor pula telah memberikan air secara percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyatnya. Adakah kerajaan Johor mampu berbuat demikian? Sedangkan masalah penyelewengan dana kerajaan seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara dan salah guna dana oleh NFC yang akan menjadikan negara kita porak-peranda.  




Jelas pemikiran pemimpin seperti ini menggambarkan betapa kolotnya mereka. Adakah kita sebagai rakyat masih memerlukan pemimpin yang tidak berilmu, korup dan tidak berakhlak terus meminpin kita lagi? Lakukan perubahan sekarang. 

Ijtima' Pilihan Raya

PAS Kaw Batu Pahat dengan usaha Lujnah Tarbiyah dan Urusan Ulama' telah berjaya menganjurkan Ijtima' Pilihan Raya pada 26 Disember 2011. Program ini telah berjaya mengumpulkan hampir 120 orang peserta dari sekitar kawasan Batu Pahat. Dua orang pembentang kertas kerja dalam program ini iaitu Ust Rosli dan En Abd Hamid Jamah.  




Isnin, 26 Disember 2011

Program Sumbangan Peralatan dan Pakaian Sekolah

Pada 26 Disember 2011, PAS Kaw Batu Pahat dengan kerjasama DPPKBP telah berjaya mengajurkan program Sumbangan Peralatan dan Pakaian Sekolah di Pasaraya Sakan Rengit. Program tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban kepada beberapa keluarga yang kurang berkemampuan. Keluarga yang terpilih dalam program ini meliputi zon Rengit, Senggarang dan Penggaram. Seramai lebih 100 orang kanak-kanak telah diberikan bantuan dalam program ini. Program ini merupakan program tahunan yang bermula pada tahun 2010.  

   Taklimat ringkas oleh TYDP, Dr Hj Mohd Ramli

Bacaan doa diketuai oleh YDP, Imam Ahmad Kailani












Mamat ni tengok apa tah




Ni la Sambal Belacan Batu Pahat







Tahniah kepada polis ini kerana berada di lokasi dari awal hingga akhir.

Alhamdullah program berjaya dilaksanakan dan diharapkan dapat diteruskan pada tahun hadapan.